Samsung Malaysia Electronics akan memperkenalkan telefon pintar terbaru iaitu Samsung Galaxy S6 dan S6 Edge ke pasaran tempatan mulai 17 April ini. Ini menjadikan Malaysia antara pasaran pertama Asia Tenggara yang menerima kemasukan model berkenaan yang disasarkan kepada pengguna enterpris. Presiden Samsung Malaysia Electronics, Lee Sang Hoon, berkata kedua-dua model ini yang akan terus berlangsung siri telefon pintar Galaxy S, yang memberikan hasil terbaik dari segi memaksimumkan produktiviti dan keselamatan pengguna. "Galaxy S6 dan S6 Edge bersedia menyokong usaha perniagaan pengguna pada bila-bila masa dan di mana juga," katanya pada majlis pelancaran kedua-dua model berkenaan di sini hari ini. Mengulas lanjut, Sang Hoon berkata Samsung Galaxy S6 dan Galaxy S6 Edge menetapkan penanda aras baharu dari segi reka bentuk, kemasan dan prestasi. Berikutan sambutan baik pengguna tempatan terhadap siri itu sebelum ini, beliau berkata Samsung memilih Malaysia untuk menyaksikan ketibaan dua telefon pintar berkuasa tinggi yang sukar ditandingi telefon pintar lain. "Menerusi reka bentuk yang diilhamkan semula, disokong pula oleh rangkaian yang mantap rakan penyedia perkhidmatan, pengguna diberikan pengalaman terunggul bagi telefon pintar," katanya. Ciri-ciri yang dipertingkatkan paling utama bagi kedua-dua model berkenaan adalah standard industri baharu bagi mengecas bateri tanpa wayar. Peralatan itu mampu berfungsi dengan mana-mana pad mengecas di pasaran yang menyokong standard WPC dan PMA. Ia mengecas lebih pantas berbanding siri Galaxy S5, dengan menghasilkan masa penggunaan empat jam selepas hanya 10 minit dicas . Kedua-dua model juga dilengkapi pengimbas resolusi tinggi kamera depan (5 megapiksel) dan kamera belakang (16 megapiksel). Menambah kualitinya, kedua-dua telefon pintar dilengkapi dengan kaca paling teguh di pasaran ketika ini iaitu Corning Gorilla Glass 4.
Samsung Galaxy S6
- Harga pasaran ialah RM2,599 termasuk 6% GST
- Storan sehingga 16GB
- Mempunyai pilihan warna iaitu White Pearl, Black Sapphire, Gold Platinum dan Blue Topaz
Samsung Galaxy S6 Edge
- Harga pasaran ialah RM3,099 termasuk 6% GST
- Storan sehingga 16GB
- Hanya satu pilihan warna Green Emerald
Harga runcit bagi pad mengecas ialah RM232
Untuk membuat pra tempahan kedua-dua model tersebut melalui laman web Samsung bermula 3 hingga 16 April dan pengguna akan mendapat pad mengecas secara percuma dengan bergantung kepada stok.






0 Komen & Ulasan:
Post a Comment