Slide # 1

Slide # 1

Far far away, behind the word mountains, far from the countries Vokalia and Consonantia, there live the blind texts Read More

Slide # 2

Slide # 2

Far far away, behind the word mountains, far from the countries Vokalia and Consonantia, there live the blind texts Read More

Slide # 3

Slide # 3

Far far away, behind the word mountains, far from the countries Vokalia and Consonantia, there live the blind texts Read More

Slide # 4

Slide # 4

Far far away, behind the word mountains, far from the countries Vokalia and Consonantia, there live the blind texts Read More

Slide # 5

Slide # 5

Far far away, behind the word mountains, far from the countries Vokalia and Consonantia, there live the blind texts Read More

Friday, May 1, 2015

Hari Pekerja

-          Kami Gadjet Dinamik mengucapakan selamat menyambut Hari Pekerja bagi tahun 2015. Di sini ada ulasan yang ringkas , hari pekerja bukanlah hanya buruh yang buat rumah sahaja tapi kitalah pekerja di pejabat mengelarkan buruh.

Thursday, April 30, 2015

Google, Facebook bantu kemanusiaan di Nepal


Baru-baru ini , dunia dikejutkan dengan bencana gempa bumi berukuran 7.9 pada skala Richter di Nepal yang hingga kini mengorbankan sekurang-kurangnya 3,218 orang manakala 6,538 cedera. Berikutan kejadian itu, atas dasar kemanusiaan, Facebook dan Google melancarkan fungsi untuk membantu mengetahui keadaan mereka yang terbabit. Google menyediakan fungsi itu yang dikenali People Finder, yang mana segala maklumat mengenai mereka yang terbabit dalam kejadian itu dapat diperoleh dan perisian itu juga dapat diakses dengan SMS. People Finder bukanlah aplikasi atau perisian baharu Google kerana pada tahun 2010 ketika gempa bumi di Haiti, Google turut melancarkan ciri khidmat sama. Data People Finder diperoleh daripada pelbagai maklumat yang dikumpulkan baik daripada orang perseorangan ataupun organisasi. Google turut menyumbang AS$1 juta untuk bantuan kemanusiaan. Sementara itu Facebook turut memiliki ciri sama, Safety Check yang membolehkan orang ramai mengetahui keadaan kenalan atau keluarga mereka di lokasi yang terbabit gempa bumi. Ketua Pegawai Eksekutif Facebook Mark Zuckerberg mengatakan bahawa jika ada pengguna Facebook yang berada di kawasan gempa bumi, maka akan ada notification (pemberitahuan) yang menanyakan status pengguna.

Wednesday, April 22, 2015

Malaysia sedia hadapi perubahan dunia


Malaysia bersedia menghadapi perubahan lands­kap penyebaran maklumat ekoran perubahan pesat dalam dunia media sejak 25 tahun lalu dan akan terus berkembang seiring de-ngan kemajuan teknologi terkini.
Ketua Bahagian Digital, Jabatan Pengurusan Penjenamaan Petronas Dagangan Berhad (PDB), Faizolhardy Zubairy berkata, seluruh dunia kini berada dalam era media sosial yang semakin berkembang dari semasa ke semasa.
“Dunia media bermula dari era menyampaikan maklumat kepada pihak lain menerusi medium perantaraan termasuk akhbar, majalah, radio dan televisyen.

“Kemudian, era tersebut berubah kepada era Internet yang secara jelas mencetuskan fenomena kepada semua masyarakat dunia menerusi fungsi dan keupayaannya dalam menyampai serta menyalurkan maklumat dengan pantas,” katanya ketika menyampaikan ce­ramah mengenai ‘Media Digital dan Perubahan Landskap Media’ sempena Minggu Media Sosial Malaysia (MSMW) 2015, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Faizolhardy menyatakan bahawa, era media tersebut terus berkembang menerusi kemunculan pelbagai laman sosial dan blog yang menjadi pemacu industri media di seluruh dunia.

Katanya, dunia kini berada dalam era yang digelar media sosial ekoran penggunaan meluas sektor tersebut dalam pengurusan harian termasuk kerjaya, pentadbiran, sosial dan ekonomi.
Sementara itu, Pengarah Pemasaran Marketing After Hours Malaysia, Elton Kuah berkata, peranan media sosial bukan sahaja sebagai medium penyebaran maklumat, tetapi juga berpotensi sebagai tempat untuk masyarakat menjana pendapatan.
Beliau berkata, trend masyarakat berbelanja secara dalam talian semakin menggalakkan dan menerusi situasi itu, golongan usahawan boleh mengembangkan perniagaan mereka menerusi pelbagai laman sosial.
“Untuk mencipta jenama sendiri, golongan usahawan khususnya perlu menitikberatkan beberapa aspek utama termasuk menyediakan maklumat lengkap tentang produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.
“Juga maklum balas terhadap sebarang aduan daripada pelanggan dan faedah yang boleh diberikan kepada pelanggan jika mereka membeli produk yang dijual,” katanya ketika menyampaikan ceramah bertajuk ‘Media Sosial untuk Penjenamaan Peribadi’.
Ketua Pegawai Pemasaran MYNIC Berhad, Talib Sabri Sulaiman pula berpendapat, penjenamaan produk dan perkhid­matan dalam media sosial per­lu dilakukan secara teliti dan mengikut strategi bagi mendatangkan hasil positif.
Katanya, langkah itu boleh dilakukan dengan penggunaan nama yang sesuai, ringkas dan mudah diingati, selain mempunyai kan­dungan yang menepati kehendak masyarakat kini.
“Sebagai contoh, masyarakat akan mengingati slogan AirAsia apabila mereka bercakap mengenai syarikat penerbangan tambah murah tersebut,” katanya.
Sementara itu, Ketua Media Sosial dan Perhubungan Lion & Lion Malaysia, Meredith Wallace menyatakan bahawa media sosial juga berperanan meningkatkan kualiti penjenamaan produk dan bara­ngan menerusi maklumat yang ingin diketahui pelanggan.
Jelas beliau, media sosial mempunyai banyak saluran dalam pelbagai sektor untuk menyampaikan maklumat kepada pelanggan.

Tuesday, April 14, 2015

Samsung lancar pencetak berkuasa Android pertama dunia


Samsung Malaysia Electronics telah melancarkan mesin pencetak Siri MX4 berkuasa Android yang pertama seumpamanya di dunia. Pencetak Pelbagai Fungsi (MFP) berharga RM6,499 hingga RM47,500 seunit, menampilkan skrin sentuh panel Android bersaiz 10.1 inci tanpa perlu disambungkan dengan komputer peribadi (PC). 

Ketua Jualan dan Bekalan Samsung Malaysia Electronic, Gan Ta Long berkata :- 
  • Pertama , Seiring tumpuan kami menghasilkan penyelesaian mesin pencetak yang serasi ekosistem pejabat serba pintar, siri ini turut menampilkan ciri unik teknologi Samsung Smart UX Center yang mana operasi itu dapat dijalankan tanpa penggunaan PC serta skala aplikasi yang mesra pengguna iaitu User-Interface (UI),
  • Kedua, ini adalah langkah pertama bagi Samsung memperkenalkan pencetak berasaskan Android yang mana ia sesuatu yang baharu bagi siri MX4 berbanding menaik tarf daripada mesin sedia ada 

Siri mesin pencetak itu mengetengahkan 10 model baharu daripada empat kategori berbeza termasuk X4300 bagi warna A3, siri K4350 bagi warna Monokrom A3 dan M5370 serta M4580 bagi Monokrom A4. Siri pencetak itu akan turut meningkatkan kecekapan perniagaan pelanggan dan produktiviti selain pemprosesan dokumen dengan lebih pantas iaitu 1.5 kali lebih laju berbanding unit pemprosesan pusat sebelum ini. Samsung Smart UX Center adalah teknologi khas sesentuh UK yang turut dilengkapi dalam siri gajet telefon pintar dan tablet Samsung Galaxy

Friday, April 10, 2015

Pesanan awal Apple Watch mulai 10 April 2015


PENGGUNA yang menginginkan untuk memiliki produk terbaru Apple, Apple Watch hanya boleh membuat pesanan awal produk ini bermula 10 April ini dalam laman web rasmi Apple. Sebelum ini semasa pengumuman Apple Watch pada Mac lalu di San Francisco mengumumkan pesanan boleh dibuat bermula kelmarin pada  7 April tetapi ternyata ia dianjakkan atas beberapa faktor. 

Ia Ia akan mula tersedia untuk dimiliki pada 24 April, sama tarikh dengan pelancarannya di pasaran. 

Apple Watch

  • Model : Apple Watch Sport sarung aluminium , Apple Watch special edition emas ultra-premium
  • Saiz : 38mm & 42mm
  • Harga : £299.00 (RM1622.00) hingga £13,500.00 (RM73,250.00) bagi edisi Khas

Thursday, April 2, 2015

Samsung memperkenal model telefon pintar yang terkini iaitu Samsung Galaxy S6 dan Samsung Galaxy S6 Edge



Samsung Malaysia Electronics akan memperkenalkan telefon pintar terbaru iaitu Samsung Galaxy S6 dan S6 Edge ke pasaran tempatan mulai 17 April ini. Ini menjadikan Malaysia antara pasaran pertama Asia Tenggara yang menerima kemasukan model berkenaan yang disasarkan kepada pengguna enterpris. Presiden Samsung Malaysia Electronics, Lee Sang Hoon, berkata kedua-dua model ini yang akan terus berlangsung siri telefon pintar Galaxy S, yang memberikan hasil terbaik dari segi memaksimumkan produktiviti dan keselamatan pengguna. "Galaxy S6 dan S6 Edge bersedia menyokong usaha perniagaan pengguna pada bila-bila masa dan di mana juga," katanya pada majlis pelancaran kedua-dua model berkenaan di sini hari ini. Mengulas lanjut, Sang Hoon berkata Samsung Galaxy S6 dan Galaxy S6 Edge menetapkan penanda aras baharu dari segi reka bentuk, kemasan dan prestasi. Berikutan sambutan baik pengguna tempatan terhadap siri itu sebelum ini, beliau berkata Samsung memilih Malaysia untuk menyaksikan ketibaan dua telefon pintar berkuasa tinggi yang sukar ditandingi telefon pintar lain. "Menerusi reka bentuk yang diilhamkan semula, disokong pula oleh rangkaian yang mantap rakan penyedia perkhidmatan, pengguna diberikan pengalaman terunggul bagi telefon pintar," katanya. Ciri-ciri yang dipertingkatkan paling utama bagi kedua-dua model berkenaan adalah standard industri baharu bagi mengecas bateri tanpa wayar. Peralatan itu mampu berfungsi dengan mana-mana pad mengecas di pasaran yang menyokong standard WPC dan PMA. Ia mengecas lebih pantas berbanding siri Galaxy S5, dengan menghasilkan masa penggunaan empat jam selepas hanya 10 minit dicas . Kedua-dua model juga dilengkapi pengimbas resolusi tinggi kamera depan (5 megapiksel) dan kamera belakang (16 megapiksel). Menambah kualitinya, kedua-dua telefon pintar dilengkapi dengan kaca paling teguh di pasaran ketika ini iaitu Corning Gorilla Glass 4. 

Samsung Galaxy S6
  • Harga pasaran ialah RM2,599 termasuk 6% GST
  • Storan sehingga 16GB
  • Mempunyai pilihan warna iaitu White Pearl, Black Sapphire, Gold Platinum dan Blue Topaz

Samsung Galaxy S6 Edge
  • Harga pasaran ialah RM3,099 termasuk 6% GST
  • Storan sehingga 16GB
  • Hanya satu pilihan warna Green Emerald
Harga runcit bagi pad mengecas ialah RM232

Untuk membuat pra tempahan kedua-dua model tersebut melalui laman web Samsung bermula 3 hingga 16 April dan pengguna akan mendapat pad mengecas secara percuma dengan bergantung kepada stok.